06 October 2016

Bahagia ke tidak ni?

Dah lama tak update blog ni.  Hahaha. Sekarang pun dpt update sebab tak boleh nak tidur.  Tak tau kenapa dan mengapa dan bagaimana.  Huh.  Nak kata sedih?  Tak pun.  Over excited pun x dela. Biasa je. Tapi still tak boleh tidur.

So. Bahagia ke tidak?
Merujuk kepada aku yang makin kurus ni.  Orang selalu kata aku ni tak bahagia sebab tu aku makin kurus.

Aku macam.  -_-
Please la.
Sekarang aku dah cukup bahagia.  Terlalu bersyukur dengan ape yang ada.  Tak faham aku.  Janganlah tengok aku makin keding kata aku makin tak bahagia.

Aku bahagia lah.  Terlalu bahagia,  sangat-sangat.  Tapi takdelah sampai perlu ke hospital bahagia. Hahahahh.

Aku ada mama papa yang terlalu sayang kan aku,  dan aku pun terlalu sayang kan mereka. Terlalu berharga.  Nikmat Allah yang paling besar. Ada seorang ibu dan ayah.  Sesuatu yang tak mampu dibeli,  dibuat. Apa yang aku nak. Even tak semua,  mama papa belikan,  buatkan.  Ni pun dah bersyukur.  Ada orang tak ada ayah tak ada mak. Hurm. Tapi aku ada dua dua. Alhamdulillah.

Malah. Semenjak aku putus dan dilukai.  Aku dah hilang seorang yang sangat aku sayang. Tapi alhamdulillah.  Allah gantikan lebih banyak orang yang sayang aku,  dan orang yang dah sayang kat aku makin sayang kat aku. Heeee.  Macam mana nak nafikan benda ni.  It's too wonderful.

One more.  I'm rich. Not by money.

Bila kita ada sesuatu yang tak mampu dibeli oleh wang atau harta.  Kita lebih kaya daripada mereka yang ada harta banyak.

Kasih sayang,  and so on lah.  Too much too say here.  And again alhamdulillah. 

But for now.  I'm lack of just one more thing. Haaa.  I want husband. Hahahahahahahahahhahhha. Cehhh tak ada lah.  Tapi kalau aku dah kahwin. Aku rase lengkap dah la.  Tapi tak kisah sangat.  Bagi aku Allah kata aku ada ke bila ke nanti. Itu semua biar Allah aturkan.  Kihkihkih.

Tula. Aku bahagia je.  Tapi tak besar2 jugak aku. Haaaa.  Nikmat aku makan banyak banyak tapi tak jugak gemuk.  Nikmat tu.  Eat whatever whenever  .okay je. Will not get fat.

What's more.  Friends that will help me. Even tak semua. Tapi aku percaya, in sha Allah.  One of them . Akan tolong. Tapi aku tak mengharapkan diorang.  Sebab aku hanya berharap pada Allah sahaja.

Banyak lagi benda yang meng happy kan aku.  Aku harap tak adalah orang judge kata aku ni tak bahagia ke ape sebab aku makin kurus.  Shhhhhhh.

5.40 am.

04 June 2016

Gadis Libra

Well. So I am gadis libra. Sebab I update blog gune phone, so rasenye quote tu kat bawah skali. Hahaha. Read that first ok.

*ras macam kecelaruan identiti je aku ni, sat aku,  sat I,  sat KY, hahaha. Suka hatilah, blog kte la. Eh kte plak*

so. Libra will move mountain for family n so on.

Yup. I can admit this. But not really move the mountain lah. Haha. Just macam kiasan macam tu. Haaa.

If you want to know *eh ade ke org nak tau pasal kte ni* libra love hard. Haha. Jenis sayang gila-gila la. Tapi ada la had dia. Actually bukan had la. Mcm libra ni sanggup buat apa2 je untuk orng2 yang dia sayang. Tapi, kalau kata syg kat lelaki/bf/lbh kurng cm tu. Benda tu berbatas. Macam. Eh kalau kekasih hati accident or masuk hospital or tersadai kesusahan kat mana2 ikutkan memang nak p. Tapi. Disebabkan masih terikat dengan keluarga. Tak dapat. Haha. Yela. Ikutkan nak je p teman  even jauh,  tapi i still have my parents that i need to respect.  Kalau diorang x bagi,  tak lah. Hahaha. Kalau diorang bagi, aku ni dari jauh2 sanggup je berkorban nak balik. Ok tu kisah cinta to a man la.

If to my friends also i will do the same thing. But i can admit that it's not that great or that much i will do to them. Macam. Mybe i akan lebih kan yg love one tu kot. Tapi depends jgk on friend yg mcm mana. Kalau kawan tu mmg dah dari awal jenis byk berkorban kat aku. Mmg aku akn tlg, in sha Allah. I will try my best to help em.

But. To my family.  Eceh. Mama papa je pun. Hehe. It's unconditionally. But i know their loves to me are more than mine to them. Haa.

So apa kaitan nya dgn libra yg will move mountain bla bla bla tu.

Haha. Usually mama papa akan balik jenguk aku dlm 2 kali sebulan. Sekali dtg  adela dlm 4 hari to 1 week camtu. And you know, as a degree student or students at that institution is so f busy doing don't know what. Haha. Actually class banyak and assignment plus program ape ntah lagi. Tapi.

Kadang2 sanggup x g program and banyak bagi alasan macm2 just to be with my mama papa. Hurm.

Idk la. Mama papa bukan muda lagi, aku pulak masih muda. Kalau aku x korbankan sikit, bila lagi nak luangkan masa dgn diorang. Belajar bila2 boleh, tapi xdela aku nak repeat.ishh. ya Allah mintak dijauhkan. Haha. Tapi tula. Snggup x g program ke ape ke. Just for them. And terpaksa jgk tipu mama papa *tipu sunat, hekhek* yang mase diorang dtg tu xada buat ape2 pun. Hahaha

Yup. Maybe that thing is kinda will move the mountain maybe. Well. There's others. But xpyh la kot nak story sini. Let it keep inside ❤
<( ̄︶ ̄)> []~( ̄▽ ̄)~* ( ̄﹏ ̄) ( ̄ˇ ̄)

Malas nk type banyak2 dah. Plus banyak nk kena revision lagi. Haha.

Btw, maybe after exam i will update some story about my braces.

Xoxo.

30 May 2016

Mereka tinggalkan aku

Siapa yang tinggalkan aku? ←_←→_→

Banyak. Orang2 yang aku kenal, kawan, kesayangan, mereka2 la. π_π

Setiap org yg aku kenal, dari zaman diorang at worst bersama, bila dah jadi better. All of them leave me.

Kawan aku. Dari zaman comot sama2. Selekeg sama2. Selalu pendapat sama. Lama lama berkawan. Dia haluan masing2 aku pun. Tapi, bila sekarang dah better, jadi makin hot.  Aku dilupakan. Sekarang nak kawan dengan orang yang bergaya,hot. nak hangout pun dah kurang. Bila bosan xada member hot. Baru nak cari. Tapi bila sedih ke apa,confirm cari aku balik. Mengadu masalah macam2.
Σ( ° △ °|||)︴

Aku macam ok. Tak apalah. o(╯□╰)o

Aku jugak pernah bercinta dgn seseorang ni. Mule2 kawan n kenal dgn dia masa keje same department. Banyak hasutan, caci maki. Ramai tanya, eh ko bercinta dengan si sotong tu ke? Sotong la, lembut la, pondan la, lembik la, bapok la,  kpop la(yg jenis cm gay lembut tu)mcm2 lagi la. Aku tau klu aku bgtau dia semua ni masa tu confirm dia down gila. Aku mcm. Aku terima weh semua kekurangan dia, aku x dgr pun hasutan ape semua. Aku yg bercinta dgn dia bukannya depa. Masa aku bercinta dgn dia pun, mmg aku nmpk dia lembut. Aku cuba jugak ckp kt dia suruh jalan kasar sikit, jd cam jantan sikit. Bukan aku x terima dia. Aku cuma xnak org luar kutuk dia, sebab aku tau dia jenis lemah semangat bila orang kutuk dia. Jenis cpt down. Tapi bila dah berubah jadi jantan sejati. Ceh sejati ke. Lebih kurg la. Dah berubah .makin bertambah la org perempuan minat kt dia. Ape lagi, aku pun ditinggalkan. Hahaha. ╮(╯_╰)╭

See, setiap orang yang worst mula2, bila diri dah jadi better, they leave me.  ̄ˍ ̄

Aku macam. Ok fine. Bila tgh keadaan susah,  teruk ngan hampa semua, aku teman ja. Aku terima baik buruk hampa. Yg mana buruk n teruk sgt. Aku cuba nasihat hampa dlm baik2 even hampa x perasan pun aku cuba nasihat hampa. Pastu bila hampa dah better. Hampa tinggalkan aku cmtu ja. Xpala. (Awat aku ckp utara plak ni, luls) hahaha %>_<%

Dan sekarang

Aku malas dah nak kisah dengan orang yg nk tinggalkan aku ke, nak stay dengan aku ke. Sebab aku tau. Kalau hampa tinggalkan aku. Tu yg terbaik.

And, aku selalu jgk pesan kat diri aku utk x buat jahat kt org (even kdg2 terbuat jugak, ampun ampun (>_<) hehehe. Maaf la) sbb tu apa yg mama selalu pesan. And aku masih lagi praktikkan dlm hidup aku.

Aku jgk mls nk cari org sgt dh bukan ape. Bkn nk lupa kwn. Everytime aku cari, diorg nak xnak layan aku. Ok. Mls dah. hampa cari aku ada ja.

Cuma ^_^||

Bila ada kawan yg stay. Aku bersyukur. alhamdulillah.

Aku ada sorg kwn yg. Masa aku kenai dia, dia ni cm gemuk sikit la, muka pun penuh jerawat weh. aku slalu bygkn cmna la dia nnt. Tapi lame2, dia jd kurus, makin cantik. Tapi alhamdulillah kawan aku yg ni, masih lagi ada susah senang dgn aku.

Ade jugak yg kwn aku ni, dulu dia mmg susah, mak pak dia bukan jenis org sng. Tp skrg rezeki dia dpt kerja awl. Alhamdulillah masih lagi stay ngn aku. Selalu belanja aku. Hekhekhek. Jhtnye aku. ~>_<~

Tak apala. Bagi aku. Kalau sapa nk p dri hidup aku. P la. Aku dah malas nk ckp apa. Hampa cari aku, in sha Allah aku ada ja kalau aku masih hidup. Huuuu.

Terima kasih kepada yang masih stay.
*^▁^*

16 May 2016

Sebelah pihak vs dua belah pihak

Lately byk benda yang terjadi.
Mcm2.
Tapi ape yg aku nk ckp pasal sebelah pihak n dua belah pihak ni. Pasal salah faham? Maybe la something like that.
Haaa.
Adala orang tuduh aku mcm2. Tapi diorang hanya dengar cerita pihak belah sana. Pihak aku? Xtanya. Terus judge.
(Sebelum tu, aku nk ckp aku pun dlu mcm tu jgk.. but times change right)
Aku mcm. Erm. Korg xtau cerita sebenar. Terus judge aku.
Sekarang aku amalkan konsep. Kalau aku x dpt dgr cerita dua blh pihak. Aku just akan dengar cmtu je dri sblh pihak tu.
Klu aku blh dgr dr dua belah pihak. Xpela.
.
.
Ntahlah. Last aku mls dah nak kisah orang anggap aku yg jahat, nak judge aku ke ape ke. Sbb mls dh nk lyn. Mmg aku jahat nk buat mcm mne. Dri zmn kerja dlu dh kena fitnah mcm2. Sebelum2 tu lg la. Sampai laaa ni.
.
.
Xpela. Aslkan diri sendiri tau ade di pihak yg benar. Hm. Ape blh buat. Redha je. Org lbh percaya sblh pihak yg lain tanpa tanya aku. Nk judge alu terus. Suka hati la. Mls dh nk lyn. Note to myself jela supaya xbuat jht kt org lain.

23 April 2016

Macam mana aku boleh kurus

Hi.

Banyak la tegur aku. Aku ni makin kurus. Diorg tanya aku diet ke, sakit ke?

Erm. X ada sapa tau punca sebenar.
I don't have feeling pun nk cerita why i lost so many kgs. Sobs

So. Why and how?

Aku xnak cerita sangat details.  sbb nanti mengaibkan seseorg. Hahaha.

Just will story about me myself and i....solo ride until i die... lalalala. Eh ter nyanyi llak.

Sebelum ni i have a little bit chubby figure la. Masa tu 55 kg. Eh. Berat jugak la time tu. Hahaha. Muka pun chubby,  lagi2 pipi ni . Kalau zmn dulu org selalu igt aku tgh mkn atau simpan mknn dlm mulut. Padahal duk diam je. Hahaha. Punye chubby pipi. Tapi sekrang. Berbeza. I lost 10 kg . Skrg berat pum dlm 45 je. Haihhh.

Knp? Mcm mana?

Sebab putus cinta. Atau tekanan jgk la masa tu 

Masa mule2 bercinta ngn someone tu. Berat aku mmg 55  camtu la. Bahagia la mase tu. Pastu, nk dkt aku masuk U tu. Dia x bagi aku masuk U. Sebab takut aku mcm2 hal. And dia siap kata. Dia nak tinggalkan aku kalau aku tekad nak masuk U. Berapa lama aku stress, dah la sayang sgt kat dia. Tapi nak jgk sambung belajar. Sbb tu impian aku dari kecik lagi. Pujuk punya pujuk. Last2. Dia terima aku further study. Mule2 pelik knp dia terima. Rupenya. Hurmmm. Ade org lain dah. Putus. Xlalu makan. Asal mkn sikit nak muntah. Lagi2 masa tu. Bila call dia, lambat angkat. Rupenye tgh on call ngn pmpn tu. Tp yg peliknye. Blh plk ngaku kt aku. Uish. Stress lagi masa tu.  Berat start turun, lagi2 masa tu minggu orientasi. Dri pagi sampai malam. Makan pun x. Asyik pening2 sampai blood pressure low. Tp alhamdulillah la. X pengsan.

Dah lama tu. Getback balik. Sbb mase tu syg lagi kat dia. Sbb bagi aku. Dia tu cinta aku. Bukam sekadar suka2. Eh.mls sentuh bab tu. Mase tu. Naik sikit la berat. Dlm 50 kg. Ok la mase tu. Tp x chubby sgt dh masa tu. Hahaha.

Lps tu. Putus lagi. Sbb sama. Memang jadi benda sama la. And sampai sekrang pun. Berat aku dlm 45-47. Cepat naik. Lagi cepat turunnya. Hahha. Adess.

Susah nak gain weight lepas putus cinta ni. Haha. Ada jugak terbaca. Bila org putus cinta ni. Dia punua effect mcm org drug addict.  Sbb keluar hormon ape nth. Sbb tu la jadi kurus kering. Hahahaha.

Biasanya. Aku kuat makan bila aku betul2 bhagia. Bila aku sedih, tertekan. Aku ssh nak makan. Xlalu pun.

Aku cuma nak cerita. Knp aku blh jadi kurus je. lagi2 sekarang pakai braces. Haaa lagi la susah nak Gain  weight. huhu. Xde niat nk mengaibkan sape2 pun. Lagi pun x mention nama. Blh je sape2 jd someone tu kan.

Begitulah ceritanya.xtaula mimpi ape duk update blog kul 5 pagi ni. Adesss

14 April 2016

Aku dah serik

Lately ni. Aku rasa banyak pressure yg aku dpt.
Too much people give me pressure.
Aku dah serik nak percaya orang.
Sebab tu la aku byk tweet atau blog. Sbb xada sape akn fhm aku. Lbh baik aku cerita kat sini. Memandagkan. X ada sape tau siapa aku. Aku bkn nk mengaibkan sesiapa. Tp cuma buat luahan hati.

Tak kisah la sape pun, dlm hal apa pun.
Bila aku percaya, mereka rosakkan kepercayaan aku.
Aku dah biasa dipinggir, aku dh biasa ditinggalkan keseorgn. Aku dh serik nk percaya kata2 kwn2 aku yg slalu ckp akan ada utk aku. Tapi. X ada pun. Tapi aku x pernah slhkan mereka. Aku tau aku juga ada kekurngan.

Pernah aku terlalu mencintai, setia, percaya pada seseorang. Aku percaya dia, dia menjadi tempat luahan hati aku. Tapi. Hati aku dianggap x bernilai bagi dia. Seolah cinta aku sia2.

Aku dah susah nak percaya orang yg selalu memberi kata2 nak berubah but nothing.  Pernah. Aku dicurangi 3 kali olh org yg sama. First aku ditipu. Aku maafkan dia. Sebab bagi aku, aku percya manusia lyk diberikan peluang kedua. Dan aku percaya manusia berubah. Tp. Dia ulang kali kedua. Tp aku dpt tau lps diorg dh x contact.  Jd aku aggp bnde dh lepas. Aku masih terima dia dan maafkan dia.

Kali ke 3. Aku dh x blh terima. Sbb dia boleh mengaku dia single n x ada ape2 dgn aku. Betapa skitnya hati aku. Selama ni cinta ape antara kita? Permainan?

Aku mls nak ingat. Sakit. Tiga kali aku kena. Belum plus yg kecik2 dia buat. Sbb tu aku dh ssh nk percaya org berubah ni. Sbb skali dia buat x mustahil dia blh buat.

Berubah. Kalau x istiqamah. Xde gune.

Sakit nye hati aku. Hanya Allah je yg tau.

Move on. Ckp mmg sng. Tp x semudah tu. Memandangkan dia cinta pertama, dia jgk yg mematahkan, mnghncurkan hti aku. Yup. First love n first heartbroken are unforgettable. 

Aku tau tulisan aku tak ada siapa yg baca. Aku tau. Ramai yg x percaya dgn aku. Aku xkisah mereka nk anggap aku penipu. Tp aku ada bukti.

Aku xkan berdusta dlm kata2. Lelaki pandai menutup penipuan dgn ayat2 manis mereka. Dan akhirnya, perempuan masih lagi tertipu.

Haih.

05 April 2016

Berubah?

Berubah?

Masih terngiang-ngiang seseorang tu nak cakap berubah. Tapi tak mengapa lah. Aku xnak ingat dia.

Cuma aku x suka bila sesetengah orang tu. Dia ckp nak brubah. Tapi x berubah. Aku tau. Perubahan itu satu yang sukar.

Kalau rasa xmampu jangan ungkap kata nak berubah. Biar hati kita dan Allah sahaja yang tau. Cuba untuk berubah perlahan-lahan.

Tapi. Aku paling menyampah bila ada orang tu cakap je nak berubah tapi x berubah pun.

Dan bila aku cakap, perangai kat orang tu xkan berubah pun. Org tu ckp Masa lalu masa lalu lah. Manusia blh berubah. Tapi aku tgk x berubah jgk.

Klau org tu ada maSa silam buruk. Itu memang masa silam dia. Tapi tgk perubahan dia tu. Sbb bagi aku, sekali orang tu pernah buat, x mustahil untuk dia buat lagi sekali.

Memang manusia boleh berubah. Tapi kalau dia x istiqamah. Aku x blh percaya org mcm ni.

Kita blh nampak, keikhlasan seseorang tu bila dia nak berubah. Bukan kata2 je.  Wallahualam.

29 March 2016

our story

hello everyone

it's quite a long time i didn't blogging right.
i don't have ideas what to blog plus i'm really busy with assignment and classes.
and now, i'm on my mid-sem break but it's just a week lah. haih.
haha.

our story.
but maybe it's an old story.
at first i think that thing is a sweet thing. but then i just realise. that's not! 
absolutely not!!
ohhmy :(

if u r sun, i'm moon.
if we are together. 
it will be an eclipse.
and..
that's not a good thing.

i will not elaborate much about eclipse is not a good thing for us.

that's why we are not meant to be.

eclipse is not a good thing.

if sunshine reading this.. i bet you know how bad is eclipse. it's just like our relationship.
it's not gonna work.
hahahahahahha.

21 February 2016

Semasa memakai braces

Hey uolss

Lame x update blog. Lama ke? Not -so.  Haha. Memandangkan dapat update gune fon je. Sebab dah balik asrama and kat laptop problem sikit. So, tengok gambar kat bawah sekali ye.

Okay. Nak cerita pengalaman memakai braces. Eceh. Padahal baru 2minggu lebih je pakai.

Setakat 2 minggu ni perubahan ketara tak nampak pun. Gigi masih di tempat sama. Hahaha. Cuma mulut rasa lain. Masa awal2 pakai. Nak tutup mulut susah sikit. Tapi bila dah seminggu. Boleh tutup rapat. KY cakap cmni sebab. Mase seminggu pakai braces, bile pakai lipstick. Susah nak tutup mulut. Rase semacam. But lepas seminggu okay dah.

okay. Ramai tanya. Sakit tak?

For me, tak sakit pun. Sikit je kot. Sebenarnya tak di klasifikasi sebagai sakit pun. Just KY rasa gigi ketat. Tpi KY ade baca pengalaman orang lain. Ada yang sakit. So depends pada orang jugak. Haaa. Tapi KY tak sakit pun.

Makan apa je?
Hhaha. Ramai member KY yang 2 minggu baru boleh makan nasi. Sebelum tu diorang kena mkan bubur je.

KY?

KY pulak. Harini pakai braces, esok dah mkan nasi kenduri. Hahahahaha. Okay la. Sebab KY tak rasa sakit. Cuma mula2 agak awkward untuk nak kunyah. Tak biasa. Tapi lepas dah 2 minggu ni. KY dah biasa dah kunyah2. Tu je.

Pantang?

KY avoid benda yang terlalu keras like apple, jambu batu, air gas, chewing gum, daging. Hurm . Pernah try makan daging haritu, pasty melekat celah gigi payah ya amat nak buang. Hahaha. So far macam tu jela. Ayam makan pun cubit kecik2.

Ramai org kata pakai braces berat turun, tapi KY still same je. Sebab makan macam biasa je. Tak de pun kurang makan ke ape. Asyik lapar nak makan ade lah.

Ok. Setakat ni je celoteh KY. Will update soon untuk next appointment . Apakah yang akan berubah nanti? Wait and see.

08 February 2016

I'm not okay

Hurm. Sedih.

Bila x ada siapa peduli.

Bila perlukan pendengar.

X ada.

Kawan2?

Mereka x peduli bila aku susah. Mereka hanya nak berkawan bila aku senang. Haih

07 February 2016

proses memakai braces

As salam and hi :)

so harini KY nak cerita proses KY pakai braces. 
padahal baru semalam je pakai nye. 
so KY cume nak cerita proses memakai. nak cerita pengalaman baru je sehari pakai.
ni pun x sampai 24 jam lagi nye pun . hahaha.

sebelum tu KY nak pakai braces ni dah lama sangat. dari zaman sekolah menengah. 
tapi masa tu x ada kesedaran. haha. bila dah nak masuk form 5 and form 6. baru rasa tersedar. tapi masa tu nak apply kat government dah xboleh. diorang tak nak terima.
lepas form 6 tu konon gigih nak kerja konon nak simpan duit nak buat braces. last.. duit ke mana braces pun tarakk.
huuuuuu.

ok la. back to the point.

first KY akan survey klinik gigi yang buat braces, tanya harga. and kalau ade member yang pakai braces tanya jugak diorang buat berapa ribu. service okay ke x. finally, KY pun jumpa satu klinik ni. dekat fairpark Ipoh. nama klinik tu Klinik Pergigian T.C Lim. klinik ni tepi Caltex je. senang nak cari. 

then, sebelum tu KY call dulu tanya harga braces berapa, tapi assistant dia cakap depend pada gigi. tapi kebiasaannya 4K-4.5K. KY pun ok. 

KY pergi klinik untuk buat check. sembang punya sembang dengan doc. Doc terangkan gigi mana kena cabut dan price. so gigi KY kena 4K. dan doc cakap bayar deposit 2K and every month bayar ansuran RM100. then KY setuju. doc pun terus buat mold.

Apa itu mold?

sumber: Google image
masa ni benda ni akan letak kat gigi, feeling dia korang akan rasa melekat-lekat

sumber: Google Image
ni lepas dah kering jadilah macam ni.







masa letak mold tu. ade pengalaman kata sakit. tapi KY rasa. sejuk, macam ubat gigi. rasa macam tu la. hahaha. bagi KY x sakit pun.

lepastu, doc suruh datang untuk 2nd appointment untuk cabut gigi plak.

2nd appointment.

KY kena cabut 1 gigi atas. gigi bawah dia x cabut lagi.xtau kenapa. sebenarnya KY kena cabut gigi 2 gigi atas. tapi memandangkan gigi KY yang lagi 1 tu dah lama kena cabut (sakit sebab makan popcorn, sampai laaa ni fobia nak makan popcorn) so, cabut 1 jela. haaa sakit ke x? kalau x bius boleh mampus agaknye. tapi sebab bius. so bagi KY x sakit. sebab doc ni sebelum cucuk bius tu. dia letak ubat bius tu bagi kebas baru cucuk.kalau sesetengah doc, dia akan terus cucuk bius. masa cucuk tu la rase sakit sikit. sikitt je.
al maklum la sebelum ni dah banyak kali kena cabut (bukan sebab braces)

sebelum gigi kena cabut. KY kena pakai band. rasenye band la

nampak x bands?





nampak tak bands yang KY pakai tu?
macam ade setengah orang kena pakai seperator. tapi KY tak pakai pun. terus pakai bands ni. sakit ke? hurm. bagi KY x sangat. tapi lepas tu cuma rasa susah nak kunyah. bila kunyah bunyi berlaga besi. such a turn off. terus xmakan. hahaha.


lebih kurang seminggu camtu. iaitu semalam. tibalah masanya untuk pakai braces. masa nak pakai ni. punyalah lama. 

sumber google image

macam ni la. ternganga sejam lebih oih. lenguh mulut. buh sebijik2. haha.


gigi sebelum pakai braces. teruk kan.hahaha

yeay. dah pakai. of course la purple is my fav .luls.
kalau korang perasan gigi yang bawah yang x ada brackets tu la gigi yang kena cabut.



lepas dah pakai . masa nak tutup mulut.rasa pelik gila. yela ade benda yang x pernah ada. 
ok. sakit ke bila dah pakai braces? hurm. for me. i don't feel pain much. tapi KY rasa ketat kat gigi. and mcm lenguh ke sengal macam tu. tak sakit sangat pun. tapi doc dah pesan suruh makan ubat kalau sakit. hahaha. sebab masih baru. so KY hanya akan cerita sampai sini dulu. nanti KY sambung post lain.

hopefully membantu bagi yang nak pakai braces tu. memang ada yang kata pakai braces sakit. mungkin depend pada diri seseorang jugak kot. for KY tak rasa sakit sangat. cuma KY jenis cepat letih. tu je. x ada pun sakit. cuma xtahan bau busuk gam yang dia nak lekat kat gigi tu je kot. hahah. 

05 February 2016

Dia seorang lelaki yang....

Aku terlalu salah. Terlalu jahat sebelum ni.

Cukup. Sampai sini aku mengata buruk pasal org.

Mengenai ex aku. Aku cuma harap dia maafkan aku.

Sebab kadang2 aku terlupa. Aku terlalu mengata buruk pasal dia sampai aku terlupa. Aku yang perangai buruk.

Allah.

Ex aku. Dia seorang lelaki yg baik. Byk pengetahuan dri aku. I respect him.

Mama selalu pesan dekat aku. Yang perpisahan aku dan dia. Bukan salah dia. Tapi. Allah nak bagi lebih baik dari dia. In sha Allah. 

Betapa positive nya mama x salahkan dia. Tapi aku. Jadi jahat sana sini kata dia jahat. Tapi. Aku x sedar selama ni.mulut aku ni mengata jahat. Haih.

Maafkan aku.

04 February 2016

Adakah aku seorang yang tabah?

Aku xtau la aku ni seorang yang tabah dan sabar ke.

Rajin plak nak susun manik ni ikut color. 

Hahahaha.

Kadang2 aku ni rasa macam. Xada perasaan dah.

Macam. X ada mood nak buat ape. Macam. Ikut jela buat apa pun. As long benda tu baik and x ada la memudaratkan.

Hahahaha. (Gelak x ikhlas)

Mungkin. Aku seorang yang tabah.

Huew huew huew

03 February 2016

Down

Pernah aku feeling down gila sampai aku rasa x nak buat apa2.

Pernah feeling down sampai x lalu nak makan.

Pernah feeling down. Sampai rasa nak deactive semua ig, fb ape2 semua and xnak pun tgk dunia luar ke dunia maya ke. Xnak berhubung dengan sape2.

Pernah feeling down. Sampai berat badan turun 10 kg. Mendadak.

Sigh. Bad life nye la aku ni. Hahahaha.

Setiap hari aku bangkit dari sakit kisah silam.

Alhamdulillah. It's getting better.

:)

Kisah pasu.

Haha.

Harapan.

Harapan aku agar suatu hari nanti.

Akan ada yang menyayangi aku sepenuh hatinya.

Jujur. Mencintai aku. Yang terbaik.

Tak akan ada yang menyakiti aku lagi.

Cukupla pengalaman dahulu mengajar aku segalanya.

Cukuplah dengan sakit yang aku dapat dulu.

Terlalu fobia dengan cinta lama. Cinta yang bertepuk sebelah tangan. Cinta yang dicurangi.

Aku berharap.. hanya pada Allah.

01 February 2016

Dibius

Sambil duk tahan sakit ni.  Tapi masih nak update blog.hahaha

Sekarang ubat bius masih ada. So.  Ok la.. 
Sakit tak kuat. Huuuuu.

Kadang-kadang la kan aku rasa ubat bius ni macam makhluk halus. Hahaha. Bukan ape. Bila seseorang tu kena rasuk hantu. Kalu dia terjun ke apa ke. Mana sakit. Tapi lepas tu. Haaa.

Tapi x ada la aku kate bius tu makhluk halus.  Hahahaha. Saje je otak aku ni memikir benda pelik.

Nampaknya. Sakit makin terasa.

I think i need some rest. Zzzzzzzz.

Positive

I need to  surround myself more with positive vibes.

Yep.

I know and i realize that I'm not good enough to him or anyone.

Yep.

I need to change myself for myself.

Be more better than before.

Feed positive energy into myself.

And

Don't wanna look back the past.

I will just took the lessons from my past.

I'm moving on :D

I was that girl.

Yup

I was that girl.

Loved him unconditionally.

Gave him second chance. Cause i thought people deserve a second chance.

Even people around me told me to leave..

I still stay by him side.

But. What i have done all this time.

Useless..  wasted..

Now.  I don't think everyone deserve a second chance. Unless he's really want to change. Not just a word. But need to come from heart

And now.

I feel like.. how easily can his heart change to another women. Feels like.. what am i? A rubbish?

Sigh.

Love have destroyed my heart, my feelings.

Feels like now i am 'mayat hidup'. Lost hope.

31 January 2016

Takut

Aku tak tau.

Aku patut takut atau tidak?

Aku tak tau.

Aku takut kan ape?

Sigh.

Mungkin aku takut peristiwa lama berulang.

Aku takut untuk bercinta lagi.. ditipu.. dicurang.. hati yang disakiti melampau2..

Kadang2 bila aku tengok dia / orang lain bahagia.

Aku tertanya. Kenapa aku x dapat bahagia? Hurm.

Setiap hari sedih.

Setiap malam mimpi buruk.

Bila siang terlalu lama. Terlalu ingatkan dia. Aku nak malam.

Tapi bila malam. Aku tidur. Mimpi aku menghantui aku.

Aku tak nak pun semua ni seksa aku. Aku dah buang dah lari,  macam-macam. Tapi sakit ni. Sangat...

Mungkin. Aku terlalu mencintai...sangat-sangat.

Dan sekarang...

Aku terluka...sangat-sangat.

Mungkin dia tak kisah.

Yup.

Jangan sakitkan perempuan lain

Nanti kena kat anak perempuan ang.

Nak cakap padan muka. . Kejam plak.

Tapi.. apa boleh buat..

Banyak kali aku ingatkan kat dia

ang sakitkan aku harini. Tak mustahil suatu hari nanti ang akan kena.

Tak pun adik perempuan ang, anak perempuan ang. Tapi ang macam x kisah.

Aku pelik dengan orang macam ni.

Aku ni takut nak buat jahat kat orang.. (kadang2 tu terbuat jugak sikit. Hurm) sebab aku takut. Nanti aku atau anak aku nanti akan terkena.

Kadang2 aku rasa nasib aku sekrang baik sikit pun. Sebab mama dan papa banyak buat baik dekat orang lain sebelum ni

Tapi aku bersyukur ssangat. Kebanyakan jahat yang aku pernah buat. Allah terus bagi kat aku. Alhamdulillah.

-btw. Aku ni syok sendiri je duk updatr blog. Ade ke orang baca? Tak ada pun- hahaha 

I'd rather say...

I'd rather say I'm okay than I'm not.

It's complicated to tell why I'm not okay.

Because.

There's no one that will understand what i felt all this time.

They only know how to judge me without being in my shoes.

Sigh.

The truth is I'm not okay at all.. but. I'd rather say I'm okay :')

It's okay.. yeah okay.

But I'm still wondering.  The people that hurts me... a lot... they just don't realize they hurt me without being guilty towards me.  Why? Even they said they feel guilt.  They just said. It's just come from their lips. Not from the bottom of their heart. If it does comes from heart.. they will not hurts me. If it does. They will feel guilty. But. They not.

30 January 2016

Kebenarannya

Kebenarannya.

Tak ada siapa peduli pasal aku. (Except mama and papa)

Yeah. Maybe I'm too annoying for them.

Sometimes i wonder..

Kalau aku jatuh sakit. Berapa je yang peduli?

Kebenarannya. Tak ada siapa yang nak ambik tau pasal aku.

Bila aku tengok kawan aku sakit, and ramai support.  Alhamdulillah untuk dia. Ramai cares. :)

Then. I wonder. If i fall sick. Ada ke orang nk peduli..

Even my bestfriend.. i told her that i admitted ward. She's response like. 'Oooh'
Well. I don't know who's really my real friend.

And

Still wondering.  Masih adakah orang yang peduli?

Sigh. Seems no one.

Does yours break?

Sebab hati aku. Hancur.
Ya. Sebab itu cinta.

Tapi. Hanya cinta bertepuk sebelah tangan.

Hanya aku yang mencintai.

Mungkin kau hanya tau menyakiti orang yang mencintai kau.

Pernah ke?

Well. Mesti la pernah tersuka.

Tapi bila dah tau dia dah ada pasangan. Aku blaa la.

Bukannya bila dah tau pergi menghancurkan hubungan orang. Luls.

Kesian sangat-sangat kat penghancur hubungan orang ni. Sebab tak cukup kasih sayang. Pity you. Luls.

29 January 2016

Macam ini ye?

So. Ini lah lelaki ye?

Hahaha.

Perempuan diperbodohkan selalu.

Terutamanya aku.

Sigh.

Nobody remember me

Well.

Aku?

Seorang yang x penting.

X ada siapa nak ingat kat aku.

Mungkin bagi mereka, siapa aku? Kenal kah? Pernah bersembang kah?

Padahal.

Sigh.

Sometimes i wonder why my life feels so unlucky not like the others that so lucky?

Yeah.

But. Even though like that. I'm still grateful for what i have right now.

Rasa down.. bila orang anggap aku ni x penting. Aku ni x contact langasung pun x apa. Tapi aku bukanlah nak orang yang cari aku bila dalam kesusahan. Tapi...

Not i want to be a famous person or to be love by all. But.  At least........ :'(

Haih.

Idk my life.

Sometimes i wonder, why can't my life just be wonderful? But i know. It's impossible.

Losing someone that i love so much.

My friends didn't cared much for me.

Feel like alone in this world.

Feels like..  haih, so many feeling right now. Feels like just wanna throw all away.

What i hope right now. Allah gives me the best.

Sensitif atau memang disakiti?

Aku tak tau la.

Aku ni terlalu sensitif ke atau memang orang nak sakitkan aku,nak bagi aku jealous. ����

Luls.

Dah biasa disakiti. Tapi sakit jugak lepas tu. Sigh.

Rase cam nk buang hati ni jauh-jauh.

Aku tau aku x sempurna.

28 January 2016

Ombak.....

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

27 January 2016

Realiti

Bayangkan?

X payah bayang. Realiti hidup ku.

Dah menjadi kenyataan pun.

Apa semua ini?

Sigh.

Tak pandai jaga lelaki?

Berangin rasa bile dengar ade orang cakap camtu kat KY. Tapi. Hidup kena positive,  so i take the positive side with what them said

Someone told me. Sebab KY and HW breakup sebab KY tak reti jaga lelaki KY. Hello. Rasa macam nak je cakap. He's not my husband yet. Nak jaga setakat mana? Nak jaga pakai makan minum dia? Ergh. Plus, kau tak tau pun apa yang terjadi antara kami. So, why nak judge teruk sangat? Haih.

But KY tak ambik pusing sangat dengan apa yang dia katakan. Buang masa nak cakap dengan orang bodoh. Luls.

Well, i take the positive side. Well maybe I am. Tak reti jaga lelaki. Hahahaha. Maybe.. sekadar bercinta je pun woih. Nak buat apa je pun untuk nak jaga? paling-paling tanya dah makan ke. Kalau masa tengah rajin, masak la jugak sikit untuk dia..then tapaukan.  Bukan nye boleh jaga lebih2 sangat kan. Bukannya husband pun. Sigh.

Mana-mana laaa. Asalkan kau bahagia. Tapi, sebelum nak kata orang. Jaga2 la sikit ye. Don't judge too much. U r not in my shoes.

Sekian....

25 January 2016

Writing's on the blog


I've been here before
But always hit the floor
I've spent a lifetime running
And I always get away
But with you I'm feeling something
That makes me want to stay

I'm prepared for this
I never shoot to miss
But I feel like a storm is coming
If I'm gonna make it through the day
Then there's no more use in running
This is something I gotta face

If I risk it all
Could you break my fall?

How do I live? How do I breathe?
When you're not here I'm suffocating
I want to feel love, run through my blood
Tell me is this where I give it all up?
For you I have to risk it all
Cause the writing's on the wall

A million shards of glass
That haunt me from my past
As the stars begin to gather
And the light begins to fade
When all hope begins to shatter
Know that I won't be afraid

If I risk it all
Could you break my fall?

How do I live? How do I breathe?
When you're not here I'm suffocating
I want to feel love, run through my blood
Tell me is this where I give it all up?
For you I have to risk it all
Cause the writing's on the wall

The writing's on the wall

24 January 2016

Kenapa curang?

Kenapa curang?

Tu yang KY tertanya pada diri sendiri. Bukan KY yang curang.. tapi dia..
KY tau. Klu KY kate dia curang,  dia akan menafikan dia curang..
KY tau. KY bukan seorang yang sempurna. Banyak kekurangan dari kelebihan.  Silap2 kelebihan pun xada. :(

Tapi. Kenapa. Awak sanggup curang dengan saya? Saya tau. Awak x kan mengaku yang awak curang dengan saya. Tapi awak akan salahkan saya sebab kenapa tak tinggalkan je awak masa awak suruh saya tinggalkan awak dulu...
Awak tau x. Saya pilih awak, saya x kisah susah senang. Saya nak bersama dengan awak.
Selalu orang cakap. Jadi terbaik untuk dapatkan pasangan yang baik. Saya tau, saya x cukup baik untuk awak. Tapi. Saya boleh terima kekurangan awak, kenapa awak tidak?
Banyak saya korban kebahagiaan saya demi kebahagiaan awak. Bagi saya. awak happy,  saya akan happy jugak. :')
Tapi saya x pernah menyesal dengan benda lalu. Saya setia dengan awak. Pandang lelaki lain pun x sanggup. Berangan saya curang pun saya x sanggup. Apatah lagi nak curang dengan awk.. awak tau kan.. awak cinta pertama saya.
Saya seorang yang susah nak suka orang, apatah lagi mencintai. Saya pun x sangka saya cinta kan awak, sangat-sangat.
Tapi.. awak hancurkan kepercayaan saya ..untuk kali kedua. Ye. Mungkin awak akan cakap awak pun dah banyak kali bagi peluang kat saya dengan perangai ntah pahape saya ni, perangai childish... tapi. Awak pernah terfikir x. Saya pun bagi banyak peluang kat awak?.
Tapi peluang yang diberi lain.
Peluang yang awak beri pada saya ialah pasal kekurangan saya. Tapi peluang yang saya beri pada awak ialah kepercayaan, kesetiaan. Banyak kali awak rosakkan.

Haih.. awak bahagia dengan perempuan lain sambil awk seksa hati saya? Sanggupnya awak... :(

Saya selalu cakap kat awak. Jangan buat perkara yang awak xnak pasangan awak buat. Saya xnak curang, sebab taknak pasangan saya curang. Tapi. Ape yang saya dapat lepas saya setia? Di khianati.

Bila saya tanya awak, apa awak rasa kalau saya buat macam tu dekat awak? Awak cakap awak sakit hati. Tapi awak asyik ulang benda yang sama. Kalau betul awak betul2 rasa. Awak xkan buat. Tapi awak buat? Maksudnya. Hanya kata2 sakit je awak cakap. Tapi awak x rase dengan hati awak. Awak hanya berdusta.

Sia-sia.

Untitled 2

Aku tertanya.

Kenapa dia sanggup buat aku sebegini rupa?

Sedangkan, aku yang setia bagai nak rak.

Tapi...

Dibalas dengan luka, curang...

Dua kali dikenakan macam ni...(x tambah lagi 'luka' minor, dia miang dengan perempuan lain while we are in relationship )

Mungkin aku yang masih x cukup bagus..

Mungkin aku yang terlalu banyak kekurangan.

23 January 2016

Tujuan blog dibuat

Memang blog ni KY  dah buat lama. Tapi. Baru je nak aktif balik. Cuti sem katako. Hahahaha.
Identiti dirahsiakan. Lagi pun x penting.
Oh yer. Selagi KY x mention nama dlm my post. So. Jgn la terasa tu diri awak plak.
Tapi tulah. Siapa makan cili, dia lah terasa pedas. Ye dokkkk? Hiks.
KY hanya cakap secara umum je . Hee.

Untitled

Hati yang tersakiti oleh mu....
Meskipun banyak kali aku decide untuk move on. Tapi. Masih ada sisa yang tertinggal.
Banyak kali aku decide untuk tak peduli. Tapi. Akhirnya. Aku masih peduli.
Hampir sebulan. Hidup aku ibarat jasad x bernyawa.  
Tapi. Alhamdulillah. Allah masih ada. Hanya dengan Allah aku berharap dan bergantung. Hanya ingatkan pada mama dan papa aku teruskan hidup.
Hidup aku dah x ada semangat. Semangat aku hilang.
Hilang.............

20 January 2016

Putus Cinta untuk kali kedua dengan orang yang sama

Assalamualaikum and hello everyone!

cerita ni bukan KY nak aibkan sesiapa. cuma nak bagi readers KY pengajaran and also for myself, of course. hikss :) (ada readers ke ;D)

siapa  yang putus cinta? it's me. yup it's KY.

KY cuma nak cerita pengalaman KY sahaja, and nak bagi iktibar. so. yang mane baik, ikutlah ye. yang x baik please jangan follow :(

Kalau siapa yang pernah baca post sebelum ni KY ada mention HW was my spouse. yup. KY putus cinta dengan dia. mungkin ramai akan cakap for what KY nak post kat sini. tapi KY hanya nak cerita pengalaman. xnak benda yang sama happen to others. and maybe KY akan share beberapa tips untuk mengatasi kesedihan putus cinta ini. :D

sebelum tu, KY nak cerita dari permulaan kami kenal sampai la kami putus. (sedih, sebab xada orang nak dengar cerita KY (dah mengadu kat Allah laa), so KY taip kat sini, xada siapa baca pun x apa la)

me and my spouse kenal masa kami kerja kat satu pasaraya ni bahagian sama plak tu. KY masa tu lepasan STPM manakala ex KY lepasan SPM. yup dia lebih muda 2 tahun from me. we were both young at that time. KY kerja lebih awal sebulan dari dia. jadi masa ex KY baru masuk kerja, dia kena berada di bawah penyeliaan KY , cehh konon nya sebab nak guide dia. manager la suruh KY guide dia. hurm masa tu KY ajar jela. dalam hati hensem jugak la mamat ni  (dalam hati tu cm dah minat,ceyt!) lepas berminggu2 kerja. he ask my number. at first KY xtau nak bagi ke x. even kerja tempat sama pun berhati-hati KY kena jugak berhati2. then KY decide untuk tak bagi no KY.. KY cakap nanti la. even masa tu dah minat and suka kat dia. KY nak uji dia je masa tu , bagi KY kalau betul dia nak, he will ask me more. setelah lama tu. dia tanya lagi nak no KY masa tu ky hanya bagi id wechat. haha. lepastu dah chat tu baru bagi number. 

start from that day kiteorang asyik contact sampai kiteorang suka sama suka, at first KY takut nak terima dia sebab risau dia still muda. tapi bila dah kenal dia. dia jauh lebih matang dari KY. bila dia cakap memang lebih matang (muka dia pun nampak tua,luls) lepas tu kiteorang pun bercinta, bahagia. yelah cinta tak mengenal usia, paras rupa, harta. yelah dia ni cinta pertama KY. mana la x cinta gila. haaa sampai gila kau. iskkk.

lepas beberapa bulan bercinta, dia dapat tawaran masuk poli (Diploma). KY support dia (support semangat laa, bukan duit) suruh sambung belajar. tapi x ada la paksa. then lepas beberapa bulan tu KY plak dapat tawaran masuk U (degree) dekat salah satu IPTA di pantai timur. ex KY tentang habis-habisan x bagi KY masuk U tu sebab takut KY curang. padahal KY ni sayang sangat kat dia. pandang lelaki lain pun x. tapi KY yakinkan dia. KY tetap masuk U tu. tapi lepastu dia terima keputusan KY.

bermula lah episod pergolakan, sedih.....

sebelum sebulan KY masuk U, ex KY kena pergi trip dengan classmates dia kat Melaka. masa tu dia makin rapat dengan one of the girl classmate dia. rupenye ex KY dah ada hati dengan perempuan (AH) tu. mase tu okay lagi sebab diorang jarang chat. seminggu lagi KY nak masuk U, makin mesra chat nya. KY suruh ex KY pilih nak AH or KY. tapi dia x mampu nak jawab. KY pun x apa lah even sakit sangat masa tu. KY masuk U dengan KY hilang hampir 10 kg berat KY. KY putus dengan dia, rase xmampu nak teruskan hidup lagi2 masa tu baru nak biasa kat tempat baru. Allah rase perit sangat. hampa. 

berbaik balik?

lepas tu lepas beberapa bulan, ehhh padahal sebulan lebih je. KY balik rumah and ex KY pun dah putus dengan AH tu. KY jumpa ex KY konon nak bagi balik barang2 dia. last-last KY berbaik balik dengan ex KY. so we getback. KY mudah memaafkan orang (but hard to forget) and KY maafkan dia and terima dia balik. bagi KY masa tu setiap orang layak dapat peluang kedua. yup, lepastu kami bahagia, even kadang2 KY terungkit jugak, adesss. KY sendiri x suka sebenarnya sikap mengungkit ni. hahaha. tapi x apalah KY anggap benda lepas, lepas laahh.

then, lepas tu. bahagia tanpa berfikir masa lepas.

perkara lama berulang.

setelah setahun lebih bercinta (dikira dari awal bercinta masa kerja sama2 tu), benda lama berulang. ex KY buat hal yang sama , but this time perempuan (FH) lain.. FH ni senior dia dekat poli dia. masa mula2 ex KY cakap dia teringin nak kenal FH tu. then KY tanya kenapa nak kenal dia plak. mcm x cukup ke KY ni? tapi tula. even kita halang pun. dia still nak jugak. then diorang kawan. mesra jugak. masa tu hubungan kiteorang agak goyang sikit. putus sambung putus sambung. so masa sebelum study week tu. kiteorang putus. tapi lepas tu sambung balik. rupenye. KY sorang je yang anggap hubungan ni sambung. tapi x bagi ex KY. ex KY dah anggap putus dgn KY tapi hanya layan KY dengan baik sebab kesian kat KY. (KY tahu ni pun KY chat FH tanya pasal hubungan ni. FH cakap ex KY cerita kat dia kiteorang putus lama dah). KY rasa macam  dipermainkan. hurm. then mase nak habis study week tu baru kiteorang betul2 putus. tapi rupenya ex KY anggap dah putus lama. KY siap check phone ex KY lagi tengok2 terjumpa gambar diorang dating. sakit nya hati KY ni. lepas tu kiteorang x contact cume masa nak bagi barang masing2 balik je. lepastu xnak dah.

dua kali KY putus dengan orang yang sama. betapa KY bagi peluang kedua kat dia. betapa sakitnya. dipermainkan. KY x ada la nak mengata FH ke apa. tapi... kalau lah FH tu HW tu dah curang kat KY dua kali. dia sememangnya bodoh sebab menerima HW tu. tapi tu lah. manusia boleh berubah kan? doakanlah yang terbaik untuk semua..

Masa mula-mula terlalu susah untuk KY move on. tapi KY tau. semua yang berlaku ni ada hikmah dia. meskipun masa tu baru nak start exam. Allah sahaja tau betapa peritnya nak exam lagi, dengan sedih lagi. rase macam. HW... sampai hati awak buat mcm ni kat saya kan? sedangkan saya setia, x pandang lelaki lain pun. awak langsung tak hargai saya :'(
rasa masa tu, KY rasa mcm dunia dah x ada apa2 dah x ada makna.. rasa macam bangkai hidup. yela KY fikir, KY nak kahwin dengan dia and i'm serious with this relationship. tu rasa sedih sangat, patah hati sangat.

move on~

okay. so ada beberapa tips yang KY atasi untuk kurangkan sedih ni.

1) mula-mula nangis jela sepuas hati, tapi jangan lah sampai memudaratkan diri. masa KY nangis sambil ingat Allah. ingat pada hikmah.
2) mendekatkan diri pada Allah. ya. KY fikir, lepas ni x payah la nak bercinta sangat dah, bercinta lama-lama pun berdosa jugak, hahaha. tiba-tiba je jadi sedar diri. luls. (bagus jugak putus pun, baru ingat kat Allah). banyakkan baca al-Quran atau buku motivasi.
3) percaya Allah akan beri lebih baik pada dia. yup. selalu ingatkan diri yang in sha Allah , Allah akan beri yang lebih baik. anggap jela lelaki yang sakitkan kita tu x layak dengan kita.
4) jangan menyendiri. haa. yang ni KY susah sikit. sebab KY anak tunggal, asyik sensorang je. so KY keluar dengan kawan-kawan untuk happy kan diri. hehehe. one of the best remedy jugak. tapi kena enjoy the moment to the fullest laa sebab kalau kita duk fikir oasak dia pun nanti x enjoy la.

so ni beberapa tips lah yg KY selalu buat. and. xpayah la stalk ex korang. kalau nk stalk pun kuatkan diri. huuuuu. tapi banyakkan la dekatkan diri dengan Allah.

KY lepas ni pun xmau dah bercinta.. means cinta sebelum nikah laa. cinta lepas nikah jela nanti. hahahaha. alhamdulillah , KY pun dah boleh move on sikit2 even kadang2 tu terasa lagi sakit tu. hurm. sabarlah wahai hati yang terluka. percayalah Allah ada plan yang lebih baik untuk kita. apa yang perlu? Sabar ;)

kepada HW n FH. semoga awak berbahagia dia atas kesedihan dan keperitan saya ni  :)