20 January 2016

Putus Cinta untuk kali kedua dengan orang yang sama

Assalamualaikum and hello everyone!

cerita ni bukan KY nak aibkan sesiapa. cuma nak bagi readers KY pengajaran and also for myself, of course. hikss :) (ada readers ke ;D)

siapa  yang putus cinta? it's me. yup it's KY.

KY cuma nak cerita pengalaman KY sahaja, and nak bagi iktibar. so. yang mane baik, ikutlah ye. yang x baik please jangan follow :(

Kalau siapa yang pernah baca post sebelum ni KY ada mention HW was my spouse. yup. KY putus cinta dengan dia. mungkin ramai akan cakap for what KY nak post kat sini. tapi KY hanya nak cerita pengalaman. xnak benda yang sama happen to others. and maybe KY akan share beberapa tips untuk mengatasi kesedihan putus cinta ini. :D

sebelum tu, KY nak cerita dari permulaan kami kenal sampai la kami putus. (sedih, sebab xada orang nak dengar cerita KY (dah mengadu kat Allah laa), so KY taip kat sini, xada siapa baca pun x apa la)

me and my spouse kenal masa kami kerja kat satu pasaraya ni bahagian sama plak tu. KY masa tu lepasan STPM manakala ex KY lepasan SPM. yup dia lebih muda 2 tahun from me. we were both young at that time. KY kerja lebih awal sebulan dari dia. jadi masa ex KY baru masuk kerja, dia kena berada di bawah penyeliaan KY , cehh konon nya sebab nak guide dia. manager la suruh KY guide dia. hurm masa tu KY ajar jela. dalam hati hensem jugak la mamat ni  (dalam hati tu cm dah minat,ceyt!) lepas berminggu2 kerja. he ask my number. at first KY xtau nak bagi ke x. even kerja tempat sama pun berhati-hati KY kena jugak berhati2. then KY decide untuk tak bagi no KY.. KY cakap nanti la. even masa tu dah minat and suka kat dia. KY nak uji dia je masa tu , bagi KY kalau betul dia nak, he will ask me more. setelah lama tu. dia tanya lagi nak no KY masa tu ky hanya bagi id wechat. haha. lepastu dah chat tu baru bagi number. 

start from that day kiteorang asyik contact sampai kiteorang suka sama suka, at first KY takut nak terima dia sebab risau dia still muda. tapi bila dah kenal dia. dia jauh lebih matang dari KY. bila dia cakap memang lebih matang (muka dia pun nampak tua,luls) lepas tu kiteorang pun bercinta, bahagia. yelah cinta tak mengenal usia, paras rupa, harta. yelah dia ni cinta pertama KY. mana la x cinta gila. haaa sampai gila kau. iskkk.

lepas beberapa bulan bercinta, dia dapat tawaran masuk poli (Diploma). KY support dia (support semangat laa, bukan duit) suruh sambung belajar. tapi x ada la paksa. then lepas beberapa bulan tu KY plak dapat tawaran masuk U (degree) dekat salah satu IPTA di pantai timur. ex KY tentang habis-habisan x bagi KY masuk U tu sebab takut KY curang. padahal KY ni sayang sangat kat dia. pandang lelaki lain pun x. tapi KY yakinkan dia. KY tetap masuk U tu. tapi lepastu dia terima keputusan KY.

bermula lah episod pergolakan, sedih.....

sebelum sebulan KY masuk U, ex KY kena pergi trip dengan classmates dia kat Melaka. masa tu dia makin rapat dengan one of the girl classmate dia. rupenye ex KY dah ada hati dengan perempuan (AH) tu. mase tu okay lagi sebab diorang jarang chat. seminggu lagi KY nak masuk U, makin mesra chat nya. KY suruh ex KY pilih nak AH or KY. tapi dia x mampu nak jawab. KY pun x apa lah even sakit sangat masa tu. KY masuk U dengan KY hilang hampir 10 kg berat KY. KY putus dengan dia, rase xmampu nak teruskan hidup lagi2 masa tu baru nak biasa kat tempat baru. Allah rase perit sangat. hampa. 

berbaik balik?

lepas tu lepas beberapa bulan, ehhh padahal sebulan lebih je. KY balik rumah and ex KY pun dah putus dengan AH tu. KY jumpa ex KY konon nak bagi balik barang2 dia. last-last KY berbaik balik dengan ex KY. so we getback. KY mudah memaafkan orang (but hard to forget) and KY maafkan dia and terima dia balik. bagi KY masa tu setiap orang layak dapat peluang kedua. yup, lepastu kami bahagia, even kadang2 KY terungkit jugak, adesss. KY sendiri x suka sebenarnya sikap mengungkit ni. hahaha. tapi x apalah KY anggap benda lepas, lepas laahh.

then, lepas tu. bahagia tanpa berfikir masa lepas.

perkara lama berulang.

setelah setahun lebih bercinta (dikira dari awal bercinta masa kerja sama2 tu), benda lama berulang. ex KY buat hal yang sama , but this time perempuan (FH) lain.. FH ni senior dia dekat poli dia. masa mula2 ex KY cakap dia teringin nak kenal FH tu. then KY tanya kenapa nak kenal dia plak. mcm x cukup ke KY ni? tapi tula. even kita halang pun. dia still nak jugak. then diorang kawan. mesra jugak. masa tu hubungan kiteorang agak goyang sikit. putus sambung putus sambung. so masa sebelum study week tu. kiteorang putus. tapi lepas tu sambung balik. rupenye. KY sorang je yang anggap hubungan ni sambung. tapi x bagi ex KY. ex KY dah anggap putus dgn KY tapi hanya layan KY dengan baik sebab kesian kat KY. (KY tahu ni pun KY chat FH tanya pasal hubungan ni. FH cakap ex KY cerita kat dia kiteorang putus lama dah). KY rasa macam  dipermainkan. hurm. then mase nak habis study week tu baru kiteorang betul2 putus. tapi rupenya ex KY anggap dah putus lama. KY siap check phone ex KY lagi tengok2 terjumpa gambar diorang dating. sakit nya hati KY ni. lepas tu kiteorang x contact cume masa nak bagi barang masing2 balik je. lepastu xnak dah.

dua kali KY putus dengan orang yang sama. betapa KY bagi peluang kedua kat dia. betapa sakitnya. dipermainkan. KY x ada la nak mengata FH ke apa. tapi... kalau lah FH tu HW tu dah curang kat KY dua kali. dia sememangnya bodoh sebab menerima HW tu. tapi tu lah. manusia boleh berubah kan? doakanlah yang terbaik untuk semua..

Masa mula-mula terlalu susah untuk KY move on. tapi KY tau. semua yang berlaku ni ada hikmah dia. meskipun masa tu baru nak start exam. Allah sahaja tau betapa peritnya nak exam lagi, dengan sedih lagi. rase macam. HW... sampai hati awak buat mcm ni kat saya kan? sedangkan saya setia, x pandang lelaki lain pun. awak langsung tak hargai saya :'(
rasa masa tu, KY rasa mcm dunia dah x ada apa2 dah x ada makna.. rasa macam bangkai hidup. yela KY fikir, KY nak kahwin dengan dia and i'm serious with this relationship. tu rasa sedih sangat, patah hati sangat.

move on~

okay. so ada beberapa tips yang KY atasi untuk kurangkan sedih ni.

1) mula-mula nangis jela sepuas hati, tapi jangan lah sampai memudaratkan diri. masa KY nangis sambil ingat Allah. ingat pada hikmah.
2) mendekatkan diri pada Allah. ya. KY fikir, lepas ni x payah la nak bercinta sangat dah, bercinta lama-lama pun berdosa jugak, hahaha. tiba-tiba je jadi sedar diri. luls. (bagus jugak putus pun, baru ingat kat Allah). banyakkan baca al-Quran atau buku motivasi.
3) percaya Allah akan beri lebih baik pada dia. yup. selalu ingatkan diri yang in sha Allah , Allah akan beri yang lebih baik. anggap jela lelaki yang sakitkan kita tu x layak dengan kita.
4) jangan menyendiri. haa. yang ni KY susah sikit. sebab KY anak tunggal, asyik sensorang je. so KY keluar dengan kawan-kawan untuk happy kan diri. hehehe. one of the best remedy jugak. tapi kena enjoy the moment to the fullest laa sebab kalau kita duk fikir oasak dia pun nanti x enjoy la.

so ni beberapa tips lah yg KY selalu buat. and. xpayah la stalk ex korang. kalau nk stalk pun kuatkan diri. huuuuu. tapi banyakkan la dekatkan diri dengan Allah.

KY lepas ni pun xmau dah bercinta.. means cinta sebelum nikah laa. cinta lepas nikah jela nanti. hahahaha. alhamdulillah , KY pun dah boleh move on sikit2 even kadang2 tu terasa lagi sakit tu. hurm. sabarlah wahai hati yang terluka. percayalah Allah ada plan yang lebih baik untuk kita. apa yang perlu? Sabar ;)

kepada HW n FH. semoga awak berbahagia dia atas kesedihan dan keperitan saya ni  :)

3 comments: